sambutlah salam ramadhan ini

Assalamualaikum w.b.t, 

Mungkin ramadhan kali ini berbeza buat saya dan buat mereka yang masih bersedih. Semasa saya begitu khusyuk membaca ucapan selamat menyambut ramadhan melalui kiriman mesej, whatsapp, line, sesuatu telah terlintas dalam fikiran saya. Setelah menyedari telah dua puluh tahun saya bernafas, akhirnya ramadhan kali ke dua puluh ini telah menyapa saya dengan kesedihan, luka luka yang belum lagi pulih sepenuhnya. menyedari hakikat perjuangan yang perlu diteruskan ini, saya berbisik ke hati saya supaya terus bangun melangkah seperti biasa. Bersyukurlah sahabat dan teman kerana di saat bercampurnya perasaan kita berkecamuk dan masih dihuni kegelisahan masih kuat bagi diri kita melangkah ke masjid masjid menunaikan solat sunat tarawih serta mengagahkan diri kita menyempurnakan ibadah puasa.(: 

di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di serata dunia , semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah swt. semoga ramadhan ini dapat menyembuh luka luka di hati mereka yang masih bersedih. 

hidup ini kadang kala memang sakit sekali, esokkan ada lagi? - naurahfaiqah syazwani bt norzan


Captainnaurah:Unknown welcome to my blog ;D

Article sambutlah salam ramadhan ini published by Unknown on Tuesday, July 9, 2013. 0 comment: posting sambutlah salam ramadhan ini
 

0 comments:

Post a Comment

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: