kiriman whatsapp seorang teman.

Kiriman whatsapp seorang teman..

Suatu petang sedang sedang scroll , membaca berita di twitter, membaca blog orang lain ,


terterima kiriman whatsapp seorang sahabat, bertanyakan khabar, dah lama sangat dah tak bertanya khabar . Sedang random random ber whatsapp , walaupun sedar lah tak ada suatu perkara pun yang random dalam hidup ni , tertanyalah padanya tentang surah yang dia sedang hafaz . lalu dia pun menjawab " berita besar ". 

" Berita besar " " An-Naba" . aku tersenyum . 

Sebelum membalas kiriman whatsapp tersebut, aku membuka semula terjemahan surah tersebut sehelai demi sehelai. Aku yang masih lagi sedih , betapa ruginya aku tak faham bahasa arab.  yang masih membelek terjemahan bahasa melayu. 

Betapa kita dah lama dah di serang pemikiran. Yang semasa awal remaja, aku lah yang bersungguh sungguh belajar bahasa inggeris, ke kelas bahasa inggeris masa cuti lepas SPM, tapi tidak pula aku bersungguh sungguh belajar bahasa Alquran . Masih mencuba menerima pedih kenyataan tersebut , aku kembali pada " berita besar ".

Dalam surah ni , di ceritakan tentang golongan kafir yang bertanya tanya tentang hari kebangkitan yang sememangnya mereka meragui kebenaran peristiwa tersebut. Surah ni sangat membuka mata yang dunia ni tak kekal pun selamanya.

Betapa kita semua terkejar kejar nak dapatkan dunia tapi berapa kali kita terjatuh , terlupa , ter alpa tentang tujuan asal kita kat akhirat. Telah dijanjikan pun ada hari kiamat dan ada hari di mana amal kita akan di hisab. dalam ayat terakhir surah tersebut , 


78:40


Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari
manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".


Ayat ni dah cukup dah buat, aku takut . dan semoga pada kalian juga. kita tak nak pun jadi orang yang rugi dan terlupa tentang apa yang Allah janjikan. lalu , aku membuka kembali kiriman whatsapp seorang teman tersebut dan menulis :


" Benar hidup ni seperti macam transit je , akhirat tu destinasi , dunia ni kita singgah je " .
betapa sukanya ada teman yang sentiasa membawa aku dekat padaNya. #notauntukdirisendiri. Salam.



naurahnorzan
 

Fikiran dalam kata kata

..................................................................................................................................................................

Betapa susahnya nak letakkan fikiran 
dalam kata kata sebab takkan mampu 
meluahkan rasa . 

Tarbiyah demi tarbiyah demi tarbiyah lagi
tapi tarbiyyah terbesar sejak kebelakangan ni : " ikhlas "
ikhlas tu memang susahpun , tapi after all , kita nak redha Allah kan?
kita tak nak pun manusia nilai apa kita buat , apa yang kita korbankan selama ni.
tak kisahla unappreciated ke, judged ke , sebab kita taknak pun rasa kita buat sebab manusia.
tapi hakikatnya tak lah semudah theory ni sebab bermain dengan emosi right? (:

Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (QS: Al-An'am Ayat: 162) .

Kalau rasa unappreciated,
Kalau rasa sakit,
Kalau rasa sedih,
Kalau rasa penat kat jalan ni ,
Kalau rasa letih dah dengan manusia ,
Kalau rasa dah tak ada cinta nak diberi ,
Kalau rasa tak mampu pun nak teruskan ,

Ketahuilah ,
Semua yang rasa rasa rasa tu tak patut pun rasa :)
Ikhlas , tak akan menzalimi diri dan menyakiti pun alright ?
Be strong there . Be strong . 
naurahnorzan
 

Invisible - edit gambar .

Was taught by a new friend i met on instagram . (: (: 

First :- 
Ambik gambar tangan either tengah pegang something or scroll something. 


Download picsart dari apps store or dari playstore . And then screencaprure anything " anything " dari phone .



Ni contohnya . And then , upload gambar tangan tu as background , and add photo yg screencaprure ni , tekan multiply (: ans adjust kan 

Nanti jadi :) 



 

Solat , is something we squeeze into our day?!

Menghabiskan masa masa terluang lepas exam dengan bahan bahan bacaan walaupun tidak suka membaca tapi memaksa diri membaca jugak . sebab kalau tak akan terbuang lah masa masa ke arah benda lain /: /:

Now reading : " Reclaim your heart " by Yasmin Moahed,
was actually skipping few chapters sebab sangat sangat berminat dengan chapter berkaitan solat.

dan smapai kepada satu perenggan yang sangat deep :

" Salah in something we squeeze into our day, when we find time---if that. Our lives dont revolves around salah. Salah revolves around our lives . " which is true. kita selalu terkadang lebih utamakan benda lain daripada solat . dah taktahu mana priority kita sebenarnya . padahal solat itu perkara paling penting. /:

#nota untuk diri sendiri. yang sentiasa lalai lupa alpa. 
jom cuba mencari keredhaannya (:

-naurahnorzan-

 

Goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ...

Assalamualaikum wbt,

Sedar tak sedar, dah habis dah semua class dan dah tamatlah pengajian tahun satu di Cardiff, Alhamdulillah dah banyak dah perkara yang di lalui, pahit manis, dan baru baru ni baru tamat exam finals.( doakan plis) tapi masih ramai kawan kawan yang masih sedang berjuang dengan exam dan ada juga yang masih ada assignment dan lain lain. 

Cakap pasal exam, selalu minta nasihat daripada kawan kawan dan ter sentap bila dengar tentang kisah maryam ( nama yang tak asing dari kita saya kira ) dan tadabur surah maryam :

Maryam di uji mengandungkan nabi isa tanpa bapa dan kemudian di uji lagi saat nak lahirkan nabi Isa dan ketika itu dia keseorangan dan takde siapa tolong dia. tapi Allah swt kirimkan Jibril untuk menenangkan Maryam :

Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, "Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan."

Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.

(Surah maryam (19) : 23-25)  

Seluruh kisah ni sangatlah bermakna dan indah. Kalau kita lihat dalam keadaan kesakitan Maryam dan hanya Allah yang ada untuk maryam. dan boleh je Allah nak bagi je kurma tu kepada dia tapi Allah ajarkan maryam untuk berusaha ( goncangkan pohon pokok kurma ). Disitulah hikmahnya. Allah nak ajarkan kita supaya berusaha. dan Allah nampak usaha kita. 

Kalau fikir dan reflect balik mungkin kadang kadang kita rasa kita tak mampu nak buat sesuatu , tapi yang penting kita dah usaha sehabis baik dah pun dan kita serahkan semua dekat Allah SWT :) :) so, jom berusaha sehabis baik ? 



-naurahnorzan-
Okay gambar hiasan sahaja. takde kene mengena ;D

 

Twenty One , Alhamdulillah ;D

Assalamualaikum wbt,

I turned twenty one years old, few days ago , and started to think and think about the journey and the path i took. Alhamdulillah, masih di beri nafas utuk hidup di bumi Allah dan masih mampu tersenyum dan ber syukur atas segala nikmat dan rezeki Allah swt. (: 

Usia bukanlah ukuran sesuatu perkara juga kematangan seseorang, tapi usia yang di berkati lebih penting. semoga semakin dewasa kita semakin meningkat amal kita kepada Dia. Anyway, kalau teringatkan balik masa masa mula mula sampai dekat uk , dekat bumi asing dari kita dengan cuaca berbeza, tak pernah ter fikir dapat adapt dengan cepat. 

Tapi takkan mampu pun buat sorang sorang tapi dengan kehadiran orang sekeliling , langkah kita semakin berani sebab kalau kita jatuhpun kita tahu akan ada orang yang akan hulurkan tangan sudi membantu kita. so, post ni sebenarnya nak ucapkan thank you very much kepada hati hati yang dekat dengan naurah sepanjang perjalanan baru naurah dekat Cardiff. 

Naurah sayang korang Lillahita'ala . <33



 

Memberi nasihat (:

Kita hidup dikelilingin ramai kawan, sahabat, kenalan, dan ada je masa nya yang diorang minta nasihat daripada kita. Sbb busy, wajar ke kita ignore?

Dalam banyak situasi, selalu je kita terlepas pandang hak kawan kita, dan seseorang mengingatkan saya pada hak kita dengan muslim lain (:

Dalam sabda Rasulullah; maksudnya “apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya memberi nasihat”.

Barulah saya faham, kita ada kewajipan menunaikan hak seorang muslim kepada muslim lainnya . So, kalau ada kawan kita minta nasihat daripada kita, janganlah kita ignore dia /:



- naurahnorzan -

 

Mendaki Bukit (:

Dalam hidup ni banyak je benda lagha yang kita buat , dan mungkin kita pun tak sedar , Saya tanya pada seorang sahabat "kenapa kita kena tglkan benda lagha ?" 

Dia berkata: " perjalanan kita ni umpama menaiki bukit, kalau naik bukit kita nak bawak beg berat ke beg yang ringan ?".

Mestilah jawapannya " ringan" , jadi , kalau kita tak cuba buang benda benda lagha ni , maka lambatlah perjalanan kita.

Memang tak mungkin kita nak stop semua benda lagha yang kita buat , tapi sekurang kurang nya mampu kita kurangkan ?

peringatanpenting untuk diri sendiri (':


-naurahnorzan-

 

Hidup dan pilihan

Hidup dan pilihan.

Dalam hidup kita punya pilihan,
Dari kecil konsep ini seolah olah ada kewujudan, dari kecil kita ada pilihan bermain, belajar dan berkawan, kita tidak rasa kehadiran pilihan kerana kita terlalu banyak bantuan, masa kecil papa mama ibu ayah pilihkan.

Bila dewasa,
Pilihan kita yang tentukan,
Tanpa sedar makin dewasa makin besar pilihan, kerana makin dewasa makin sedar tentang masa depan,
Tadahlah tangan minta pada tuhan,
Hanya Dia yang punya jawapan,
Moga Dia bukakan jalan,
Moga Dia permudakan.

Bersyukur kita masih mampu bezakan,
Sedang ramai yang masih kekeliruan,
Mana satu pilihan mana yang bukan,
Solat itu bukan pilihan tapi kewajipan. 


Naurahnorzan
 

Sungguh pengakhiran sentiasa lebih baik dari permulaan.

Megah namanya terukir di kubah , menusuk setiap hati yang tabah , yang mengejar redhanya tanpa lelah, tanpa mengenal definisi menang dan kalah . 

Lalu ku atur langkahku ,
Satu demi satu, 
Kerana ku percaya, 
Dan sentiasa percaya,
Yang sungguh pengakhiran sentiasa lebih bermakna dari suatu permulaan. 

Naurahnorzan
 

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: