Adik usrah ..

| 26 March | 2015 |        .

Berkerut dahi aku menyusun video ringkas di laptopku sambil ukhti ukhti lain sibuk menyiapkan bookmark . Ada yang sedang sibuk menggunting , ada yang mewarna. Kerana terlalu banyak sangat melihat laptop , aku mulai bosan dan mula mengambil marker pen dan mengambil serpihan bookmark yang tersilap . 

" Kak , ni tak jadi kan , saya guna eh? " aku bertanya . " gunalah , awak nak buat apa ? " . Aku tersenyum dan terus melukis bulatan dan menggunting . 

Setelah beberapa minit , aku menyambung semula dengan aktiviti menampal . Ukhti tu melihat je , menggeleng kepala sedikit kerana dah terlalu biasa dengan ragam aku yang luar biasa .

Setelah beberapa minit , aku pun menunjukkan pada mereka hasil ciptaan aku " kak , tadaaaa ni penanda buku saya" . Mereka tersenyum .



" Kesian dia , tak lengkap pula " . Ukhti tu tersenyum bergurau . " Dah pergi ambil wudhu' , kita nak solat asar " sambung ukhti tu lagi .

Aku pun meninggalkan bilik tersebut dan terus ke tandas mengambil wudhu ' . Bila tiba je di bilik tersebut, mereka tersenyum . Dengan musykil aku mencari cari , penanda buku aku tadi . " kak , mana akak letak , tengok dah hilang " . Mereka tersenyum .

Mencari cari di sebalik surat khabar, timbunan pen,  aku ternampak , tersenyum besar , dan cuba menahan ketawa " kak , kenapa dia jadi macamni ? " tanya aku sambil merenung tambahan pada penanda buku tu.




Ukhti pun tersenyum , " dia g usrah tadi, mendapat tarbiyyah , dia decide nak berubah, hihi" bergurau . Aku terus ketawa cuba menahan sambil menggaru garu kepala. " Nah , ni adik usrah ".Kami pun terus bangun untuk menunaikan solat asar ber jemaah .

Setelah selesai solat , aku kembali ke tempat asal , menarik perlahan lahan laptop . Menekan video editing software dan mula meng copy paste subtitle untuk video event tersebut. Menjeling beberapa kali ke arah penanda buku yang aku buat tadi, Tapi jauh difikiran aku masih terfikir tentang  " tarbiyyah " .

Sungguh , tarbiyyah tu bersifat membentuk , dan mengubah kita. Usrah juga bukan atas paksaan
bukan juga ikut-ikutan.Bukanlah semata mata mendapat ilmu tapi tidak beramal dengan ilmu .Sangat rugilah kita , bukan sahaja usrah atau di mana sahaja kita mendapat ilmu agama , tapi tak cuba beramal dengan nya.  jika kita mendapat nikmat tersebut tapi lalai . 

Semoga, tarbiyyah menjadi ubat untuk kita dan semoga kita terus bergerak mencari redha Allah swt. " what is constant in life is change " , kita semua tidak sama dulu dan sekarang tapi semoga kita bergerak ke arah lebih baik , biar sedikit perubahan tu tapi tetap kerana Allah .

Aku meletakkan laptop ku ditepi dan mengambil semula penanda buku tersebut dan menambah lagi sesuatu padanya dan mengambil gambar. Aku tersenyum .

Datang pula ukhti lain , lalu memegang penanda buku ku dan bertanya , " ni apa ni ? " .

Aku tersenyum dan membalas ringkas . " adik usrah " . " adik usrah awak ke naurah ? " ketawa kecil . " tak , nama dia adik usrah " dan aku menceritakan kisah adik usrah ni kepada dia . Aku membuka handphone ku dan terus menunjukkan gambar terakhir padanya , 




" Comelnya gambar ni " katanya , aku membalas " adik usrah ni nak membawa ubat untuk umat dan memberi kesedaran untuk orang lain juga" .

Kerana pada akhirnya , kita mempunyai tanggungjawab walaupun di mana kita berada .

Salam ,
Naurahnorzan.

Captainnaurah:Unknown welcome to my blog ;D

Article Adik usrah .. published by Unknown on Thursday, March 26, 2015. 1comments: posting Adik usrah ..
 

1 comments:

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: